Tuesday, 25 December 2012 | 09:14 | 0 Atasinchi
Assalammualaikum pembuka bicara.. hari ini tanggal 26.12.2012 hati ku terdetik menulis sesuatu.. apaabila direnung kembali betapa banyak nya kesilapan yang telah aku lakukan di masa lampau dahulu.. andai waktu boleh diundur ingin ku merubah segalah kesilapan itu.. tapi sayang masa lampau tidak boleh diputar kembali..
Kini hidupku semakin alpa dengan dunia hiburan.. adakah kerana terlalu banyak hiburan menguasai ku.. kekadang hati ini selalu mengatakan tak kemana hiburan didunia melainkan aku menghimpun segala dosa yang dilakukan.. aku sering lupa pada dia yang maha pencipta..
Dimana aku mahu mencari keredhaan mu ya allah sedangkan aku selalu lalai melakukan kewajipan ku sebagai seorang muslim.. hati ini mula tersedar dari hari demi hari.. bilakah aku mahu menjadi seorang muslimah yang terpuji dimata mu ya Allah.. berikan petunjuk kepada hamba mu ini..
Aku tahu aku tak sempurna melakukan segala perintahmu ya Allah.. akan tetapi hati ini cuba untuk melaksanakan .. kadang-kadang aku rasa kecewa dengan diriku.. mana pergi nya adab aku sebagai seorang muslimah?? setiap kali jika duduk seorang diri bermacam2 yang berada difikiran ku.. aku mendapat didikan agama yang cukup dari ibubapaku ..
Jika engkau berbuat dosa, maka memohon ampunlah,
karena sesungguhnya dosa-dosa itu telah dibebankan di leher-leher
manusia sebelum ia diciptakan. Dan sesungguhnya kebinasaan yang dahsyat
itu adalah terletak pada melakukan dosa secara terus-menerus. -Al-Imam
Ja'far Ash-Shodiq"
:::..TAUBAT..:::
Taubat Itu Sukar Tetapi Tidak Bertaubat Itu Jauh Lebih Sukar
Ya Allah, bukalah pintu hati kami untuk taubat.
Aamiin Ya Allah...



